.

Thursday, December 27, 2012

Malaysia Cyclist

Mohd Azizulhasni Bin Awang telah dilahirkan pada 5 Januari 1988. Beliau adalah seorang pelumba basikal trek profesional untuk Malaysia. Beliau telah memenangi pingat 2 emas dalam acara keirin dan acara sprint 200meter di Asiatic Track Championships pada bulan April 2008 yang lalu. Menjadi pembawa bendera bagi pasukan Malaysia di Sukan Olimpik 2008 di Beijing. Beliu juga merupakan pelumba yang mendapat tempat tertinggi di Asia dalam Sukan Olimpik, mendapat tempat kelapan dalam acara keirin tersebut. Menjadi harapan Negara untuk menggondol pingat emas Sukan Olimpik 2012 di London nanti. Pada tahun 2009, Azizul telah menjadi juara keseluruhan dalam acara keirin Piala Dunia 2008-2009 selepas mendapat dua pingat emas. Azizul menjadi orang Malaysia pertama memenangi pingat di Kejohanan Juara Dunia Basikal Trek UCI. Ketika itu, beliau memenangi pingat perak dalam acara sprint lelaki pada tahun 2009 di Kejohanan Dunia di Pruszków, Poland. Dia disebut sebagai Azizul the soap rocket kerana susuk tubuhnya yang kecil. Azizul Hasni Awang dilahirkan di Dungun, Terengganu, Malaysia, merupakan anak yang ke lapan daripada sembilan adik-beradik.
Ordercustompaper.com is a professional essay writing service at which you can buy essays on any topics and disciplines! All custom essays are written by professional writers!
Beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Batu 48 di Dungun, dan meneruskan pengajian menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar di Dungun, sebelum berpindah ke Sekolah Sukan Kebangsaan di Bukit Jalil. Buat masa ini, Azizul melanjutkan pelajarannya di Deakin University, Australia dengan mengambil Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dan subjek utama dalam Pengurusan Sukan. Beliau menganggap bahawa sukan dan pendidikan merupakan elemen penting untuk menjadi ahli sukan yang baik. Disiplin yang baik dan pengurusan masa adalah kunci kejayaan. Azizul telah berkahwin dengan Athiah Ilyana bt Abd Samat pada 30 Januari 2010. Beliau telah membuktikan kepada negara bahawa perkahwinan tidak akan menjejaskan prestasi beliau. Beliau berazam untuk hidup secara seimbang antara hidup berumah tangga dan komitmen dengan pasukan berbasikal... If you want to grab a full essay, order it on our website: Ordercustompaper.com

If you want to get a full essay, wisit our page: write my paper

No comments:

Post a Comment